Isnin, 4 Mei 2009

Itulah yang paling cantik...

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada pelajar bertanya pada guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut menyentuh mengenai kasih sayang secara am.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita
sayang ? Macam mana juga kasih sayang itu berkekalan ?
Cikgu : Oh, awak hendak tahu. Baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya
suruh. Mungkin kamu akan dapat jawapannya.
Pelajar : Baiklah. Apa yang saya harus buat ?
Cikgu : Kamu ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu
berjalan atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan
kamu. Pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang
paling cantik yang berada di depan kamu, kemudian kembali ke
kelas bersama dengan rumput tersebut.
Pelajar : Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tanggannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput itu ?
Pelajar : Tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di
situ saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi
cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada antara di belakang saya sebelum itu, tapi cikgu cakap tidak
boleh menoleh ke belakang semula. Jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
orang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih
baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika
kita berselish faham dengan orang yang
kita sayang, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba terus
perhubungan tersebut walapun banyak perkara mengugat perhubungan
tersebut. Ingat orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita
jumpa. Paling baik walaupun banyak lagi yang cantik dan baik seperti
rumput tadi. Maka sayang dengan orang yang berada di depan kita
dengan tulus iklas.