Apabila fajar mengumumkan setiap hari baru,
Sebelum engkau bangun dari tidurmu,
Bersukacitalah - Bergembiralah dan Pujilah Tuhan,
Bersyukurlah kepadaNya atas apa yang ada di depan.
Saya berada di suatu kedai runcit suatu hari, dan berdiri dalam barisan, di belakan ada seorang perempuan yang membayar barang keperluannya. Selepas dia siap membayar, juruwang itu mengucapkan " Gembiralah hari ini "! dengan penuh bersemangat dan mesra.
Lalu juruwang tersebut dan saya yang berada di belakang perempuan itu sangat terkejut apabila perempuan itu berteriak dengan marah. " hari ini adalah hari yang paling teruk dalam hidup saya " katanya. " Bagaimana mungkin saya dapat bergembira ?" Setelah itu dia bergegas keluar dari kedai.
Saya faham perasaan marah dan kecewanya perempuan tersebut, kerana saya juga mengalami hari-hari yang 'teruk' dalam hidup saya yang di luar kawalan saya. Bagaimana mungkin saya dapat mengembirakan hati dan hari saya yang teruk itu, tanya diri sendiri, apabila semuanya diluar kawalan saya ? Kemudian saya ingat akan kata - kata ini : "Inilah hari kemenangan TUHAN"
Maz : 118.24.
Tuhan memberi kemenagan dan kegembiraan setiap hari. Dia mengawal segala sesuatu pada hari ini, bahkan hal-hal sukar yang saya alami. Segala sesuatu yang terjadi adalah kerana anugrahNya.
Sekarang , apabila orang mengucapkan kata-kata yang mengharapkan saya gembira hari ini, saya akan mengatakan, " Ini di luar kawalan saya, tetapi saya boleh bersyukur atas apa saja yang saya hadapi dan bersukacita walapun dalam keadaan yang teruk sekalipun - kerna ini adalah hari kemenagan Tuhan. "
Lots of joy,
Meretha