Rabu, 15 April 2009

Masa

Selalunya kita ada wang yang banyak tapi kita tidak ada masa untuk menikmatinya dengan sepenuh hati. Kadangkala kita ada masa yang terluang tetapi kita tidak memiliki wang untuk memenuhi apa yang kita inginkan.

Apabila kita sibuk bekerja seharian dan ingin berehat sepenuhnya kita tidak melihat apa yang ada di sekitar kita tanpa memperhatikannya. Kita hanya ingin pulang dan berehat sehingga bangun pada hari esok dan kembali bekerja seperti sediakala dan begitulah rutinnya. Walapun kita sibuk bekerja, ada masanya kita ingin tidur sepuas-puasnya tanpa memikirkan esok hari apa yang berlaku dengan kerja kita.

Setiap hari apa yang berlaku dalam kehidupan kita, kita tidak tahu.
Esok mungkin apa yang terjadi juga kita tidak tahu, kerana hidup ini bagaikan daun yang gugur lalu dibawa oleh angin. Hidup ini begitu singkat.

Seboleh-bolehnya kita ingin melalui kehidupan kita ini dengan penuh bermakna tanpa kesilapan dan penyesalan terhadap sesuatu yang kita lakukan. Kalau boleh kita hanya ingin hidup gembira, senang, selesa, sihat, kaya, baik hati dan apa saja yang baik. Tapi kita tidak dapat memperolehinya selalu dan sentiasa begitu. Kadangkala kita juga akan merasai kesusahan, kesedihan, kegagalan, kekecewaan dan apa saja dalam kehidupan ini. Semua itu terjadi kerana kita diberi akal untuk berfikir, Dia membenarkan semua itu terjadi agar kita lebih mengerti dan memahami erti kehidupan kita.

Selama kita masih hidup, PERGUNAKANLAH MASA YANG ADA dengan sebaiknya untukNYA.

Khamis, 2 April 2009

Minda dan Hati

Minda dan Hati
Diantara peperangan minda dan hati, yang manakah harus anda utamakan
dalam membuat sesuatu keputusan..

Semestinya kita memilih hati.

Kadangkala dalam kehidupan kita, banyak yang harus kita pilih dan harus membuat keputusan
yang akan memberi kesan dalam kehidupan kita..namun kita harus memilih
sebab kita telah diberikan kuasa untuk memilih..dan bergantung kepada pilihan yang kita ada..

Kehidupan ini sangat singkat bagaikan daun yang gugur lalu ditiup oleh angin dan berlalu begitu sahaja..

Minda yang kita ada digunakan untuk berfikir dengan logik dan hati kita adalah untuk merasai apa yang kita rasa..namun hati adalah perasaan yang membolehkan kita berfikir sesuatu perkara.

Apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini ikutlah kata hati kita dan minda akan menyokongnya..

Hear you soul and feel you hearth..