Isnin, 2 Februari 2009

Senyum

Senyuman adalah lengkungan yang

meluruskan perkara rumit.




Apabila kita merasa gembira, bahagia dan mendapat sesuatu berita yang sangat mengembirakan, kita sudah pastinya tersenyum puas. Apalagi jika kita sudah lama menantikan sesuatu yang kita tunggu selama ini dan telah mendapat jawapannya yang sangat menggembirakan dan memuaskan hati kita, pastinya kita akan tersenyum tak terhingga dan kadangkala kita akan ketawa terbahak-bahak sehinggakan orang di sekeliling kita juga turut tersenyum dengan tingkah laku kita yang riang itu.

Saya sendiri juga akan tersenyum apabila saya gembira. Ahh..ada satu hal yang sangat membuat saya tersenyum lebar sepanjang hari apabila ada orang yang mengatakan
"saya sayang awak" apalagi dengan perkataan "i miss u"...huuu..betul-betul membuatkan saya tersenyum gila sepanjang masa. Apabila saya tersenyum, orang lain juga akan tersenyum dengan saya. Jadi saya fikir, dengan tersenyum sahaja boleh membantu kita untuk melepaskan dan mengurangkan tekanan yang kita alami, tak kira apa saja jenis tekanan yang kita hadapi.

Senyumlah sepanjang masa tak kira kita sedang dihimpit masalah yang merundum kehidupan kita. Sekurang-kurangnya senyuman membuat kita kelihatan lebih muda daripada usia sebenar kita. Orang kata " awet muda ".. kerana ia membuatkan urat saraf di muka kita sentiasa bergerak dan bekerja untuk mengangkut oksigen ke arah otak dan melepaskannya ke wajah kita agar kita akan lebih berseri-seri lagi sepanjang hari.




Senyum selalu,


Meretha

imeretha@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan