Rabu, 15 April 2009

Masa

Selalunya kita ada wang yang banyak tapi kita tidak ada masa untuk menikmatinya dengan sepenuh hati. Kadangkala kita ada masa yang terluang tetapi kita tidak memiliki wang untuk memenuhi apa yang kita inginkan.

Apabila kita sibuk bekerja seharian dan ingin berehat sepenuhnya kita tidak melihat apa yang ada di sekitar kita tanpa memperhatikannya. Kita hanya ingin pulang dan berehat sehingga bangun pada hari esok dan kembali bekerja seperti sediakala dan begitulah rutinnya. Walapun kita sibuk bekerja, ada masanya kita ingin tidur sepuas-puasnya tanpa memikirkan esok hari apa yang berlaku dengan kerja kita.

Setiap hari apa yang berlaku dalam kehidupan kita, kita tidak tahu.
Esok mungkin apa yang terjadi juga kita tidak tahu, kerana hidup ini bagaikan daun yang gugur lalu dibawa oleh angin. Hidup ini begitu singkat.

Seboleh-bolehnya kita ingin melalui kehidupan kita ini dengan penuh bermakna tanpa kesilapan dan penyesalan terhadap sesuatu yang kita lakukan. Kalau boleh kita hanya ingin hidup gembira, senang, selesa, sihat, kaya, baik hati dan apa saja yang baik. Tapi kita tidak dapat memperolehinya selalu dan sentiasa begitu. Kadangkala kita juga akan merasai kesusahan, kesedihan, kegagalan, kekecewaan dan apa saja dalam kehidupan ini. Semua itu terjadi kerana kita diberi akal untuk berfikir, Dia membenarkan semua itu terjadi agar kita lebih mengerti dan memahami erti kehidupan kita.

Selama kita masih hidup, PERGUNAKANLAH MASA YANG ADA dengan sebaiknya untukNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan